nilai sebuah darjat

Seorang lelaki dibelasah dan dikeronyok oleh orang kafir Quraisy. Fizikalnya tercalar dan berdarah. Tapi hatinya puas kerana dapat membaca ayat suci dari Al Quran kepada orang Quraisy. dia sedar bahawa dia hanyalah seorang pengembala kambing. Tiada harta, tiada pangkat, tiada darjat.Dia hanya punya Allah.

Setelah dia kembali kepada sahabat- sahabatnya, mereka berkata: “inilah yang kami khuatiri”.

Dengan bersemangat, lelaki ini berkata, ” kalau kamu kehendaki, aku akan kembali kepada kafir Quraisy untuk memperdengarkan ayat Allah”.

beliau adalah Abdullah bin Mas’ud. sahabat yang dicintai baginda Rasulullah. sabda baginda, “aku rela kepada umatku apa-apa yang disukai oleh Abdullah bin Mas’ud dan aku marah apa yang dimarahi olehnya”.

kualiti Abdullah bin Mas’ud:

1. tinggi ilmunya: beliau mengambil Al Quran sebanyak 70 surah lansung dari Rasulullah.

2. beriman dan dicintai Rasulullah.

3. rapat dengan orang yang dikasihi Allah: beliau selalu menguruskan terompah baginda, mengurus kain basahan baginda, mengejutkan baginda pada waktu yang baginda tetapkan.

4. menyampaikan dakwah: beliau dilantik untuk menjadi guru di Kufah sehingga pemerintahan Uthman din Affan.

ayuh kita membina diri agar menjadi Abdullah bin Mas’ud junior. Sukakan ilmu, dekat dengan ulama dan orang beragama, menyampaikan dakwah dan mencintai Allah dan Rasul.

my family my pride

3 tahun. Tamat sudah kisah ku dengan keluarga tanzim PPIMI secara rasminya.

Sejak dari umurku setahun jagung di Dublin, aku terus dilamar untuk bergerak bersama- sama PPIMI. Mulanya aku menolak dengan alasan pengalaman kurang enak dalam berpersatuan di INTEC. Detik ketika Kak Nazi, kakak RnR ku mengajak untuk aku menjadi ahli tanzim segar bugar dalam ingatan. Namun kugagahi dan hargai setiap tahun dalam tanzim. Ada pengalaman manis dan ada yang pahit. Pendek kata, aku membesar dengan PPIMI di Dublin.

Pelbagai jurusan telah aku terokai. Dari menjadi exco Lajnah Penerangan dan Perpaduan, menjadi Setiausaha Kerja 1 dan seterusnya Timbalan Presiden 1. Setiap satu jawatan memberikan pengalaman berbeza.

Asalnya aku tidak sukakan kerja setiausaha yang teratur, tapi akhirnya aku jatuh cinta dengan bidang ini.

Asalnya aku tidak reti membuat keputusan, tapi akhirnya aku belajar untuk buat keputusan dengan menjadi timbalan presiden.

Manusia yang pelbagai ragam dan jenis pernah aku temui. Ada yang memang proaktif, buat tanpa disuruh. Ada yang kena sentiasa diingatkan tentang tugas. Ada yang kena push sikit. Ada yang memang suka belajar. Ada yang suka berhujah dan berdebat. Subhanallah. Indahnya ciptaan Allah. ‘Koktail’ manusia pelbagai jenis ni menjadikan keluarga tanzim yang istimewa. Saling melengkapi.

Keluar dari perkarangan RCSI setelah tamat Muktamar PPIMI sesi 2011/12. Kepala ligat berfikir. Apa nasibku selepas ini? Tak dapat ku bayangkan hidup tanpa menguruskan kerja2 PPIMI, tanpa memikirkan masalah PPIMI dan tanpa meeting keluarga tanzim. Aku tak mahu menjadi mahasiswa yang hanya sibuk memikirkan akademik. Sebaliknya aku juga mahu neuron2 ku berguna untuk masyarakat dan umat.

Ya Allah, semoga aku tidak menjadi golongan yang hanya akan bergerak dengan jawatan.

my family, my pride. aku sering kali berpesan pada adik2, untuk mendukung satu organisasi, mulakan dengan rasa izzah dan bangga pada oraganisasi tersebut. barulah kita bersemangat untuk menjadi pendukung.

jujurlah, walaupun dengan anak kecil

Ibu A: Nak, pergi main jauh- jauh ek. Jangan kacau tetamu kita. Nanti mak belikan jajan.

Ibu B: Azim, mari balik umah. Hari dah lewat petang ni. Nanti ibu masakkan cucur ye.

Ibu C: jangan nangis! Malu mama depan orang kat pasar ni. Nanti mama belikan kamu KFC.

 

Pernah lihat situasi ini atau anda pernah alami sendiri?  Pelbagai janji ditabur oleh ibu bapa untuk memujuk anak-anak. kadang-kadang dipenuhi, kadang-kadang tinggal kosong. Tentang janji ini, ada hadis yang mengatakan.

  1. 1.       ‘ sesiapa yang berkata kepada anak kecil: “Kemarilah dan ambillah” tetai tenyata tidak jadi memberikannya, maka dia dianggap telah berdusta. [ H.R.Ahmad]
  1. Dari Abdullah bin Amir, ia berkata: pada suatu hari, ibuku memanggilku sedangkan Rasulullah SAW ketika itu duduk di rumah kami.

 

Ibuku berkata: mari ke sini, aku akan memberiku sesuatu. Rasulullah SAW bertanya padanya: apa yang ingin kau berikan padanya? Jawab ibuku: aku ingin memberikan sebiji kurma padanya. Rasulullah bersabda padanya: seandainya engkau tidak dapat memberikan apa-apa padanya, maka engkau sudah dianggap berdusta.

[H.R. Abu Daud dan Al- Baihaqi]

 

Jujurlah- walaupun terhadap anak kecil

Tidak salah untuk berjanji macam- macam dengan anak. Tapi ia perlu disertakan dengan kesungguhan untuk memenuhi janji tersebut. Sekiranya ibu bapa sentiasa berdusta, bibit dusta akan tertanam dalam jiwa anak dan mereka akan hilang kepercayaan tehadap ibu bapa.

chasing pavement

Should I give up or should I just keep chasing pavements

Even if it leads nowhere?

Or would it be a waste even if I knew my place

Should I leave it there?

 

Guide me O Allah.

Mak Cik, tumpang tanya boleh?

Kereta Saga baru kepunyaan kakakku meluncur laju di lebuh raya menuju Plaza Angsana, satu antara ratusan tempat membeli belah yang tersohor di Johor Bharu. Syurga bagi sesiapa yang mencari kebahagiaan dengan membelanjakan wang.

Ops! Terlepas satu susur di kiri jalan. Takpe, mungkin ada susur lain untuk masuk ke sana. Pusing punya pusing, kami masih tak dapat cari jalan masuk, padahal Plaza Angsana nampak dekat je.  Sebagai co-pilot yang sepatutnya bertanggungjawab untuk mencari jalan, hatiku mula gundah gulana. Lagu di radio masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Plan B: tanya orang kampung. Cara mudah untuk mencari jalan. Apa yang penting? Kemahuan yang tinggi untuk sampai ke Plaza Angsana dan rendahkan ego untuk bertanya dengan orang yang lebih tahu, yakni orang tempatan. Orang tempatan yang bermuka peramah dan tersenyum menjadi mangsa. =)

Alhamdulillah, setelah bertanya pada 3 orang tempatan, akhirnya sampai juga ke Plaza Angsana. Lega rasanya bila dah sampai destinasi. Semoga kami lebih berhati- hati pada masa akan datang.

Hati gundah gulana bila sesat

Ini adalah antara kelebihan yang Allah berikan pada manusia. Apabila kita tergelincir dari landasan Al Quran dan sunnah, ‘alarm’ hati akan berbunyi. Secara automatic hati rasa kurang enak atau jiwa kosong. Kalau fire alarm berbunyi, apa tindakan kita? Tentulah kita cepat- cepat selamatkan diri dan mencari punca kebakaran kan. Baru le kita dapat padamkan api. Jadi, perlu lah kita menyiasat mane silapnya. Adakah kita kurang ibadah sunat? Hati kita berpenyakitkah? Mungkin kita makan dari harta yang haram?

Tanya orang yang lebih tahu

Orang yang lebih tahu dalam konteks ini ialah orang yang mempunyai ilmu agama. Berdampinglah dengan orang yang sentiasa mencari Allah. Koreklah sebanyak- banyak ilmu dan nasihat dari depa. Sahabat saya pernah bertanya pada rakan yang lain, “ berikan aku sepotong nasihat kerana jiwaku terasa kosong.” Subhanallah. Semangat untuk memperbaiki diri seperti ini yang patut ada dalam diri.

Orang tempatan yang peramah dan senyum

                Orang yang peramah dan entiasa senyum mudah untuk didekati. Senyuman merupakan bahasa yang paling indah. Pada pendakwah perlu ada karakter ini agar orang yang tergelincir akan mendapat kekuatan untuk bertanya.

 

 

Sama-sama kita renungkan.

spice of India

 

India merupakan destinasi yang aku impikan semenjak menjadi pelajar perubatan tahun satu lagi. Beberapa percubaan untuk ke India sebelum ini gagal. Namun kali ini, sampai juga kaki ini ke bumi Allah yang cukup unik. Dua hari lamanya perjalananku dari Dublin ke Bangalore kerana ada 3 transit yang perlu ditempuhi.

Sesampainya aku di Bangalore @ Bengaluru, kepenatanku terubat. Aku disambut oleh dua kakak-kakak  yang belum pernah aku temui. Kak Ana dan Kak Ha. Hanya berkenalan melalui secebis email. Atas dasar cinta sesama Islam, mereka menumpangkan aku di rumah mereka selama 2 minggu.

Penjelajahanku pada kali ini berbeza daripada yang sebelumnya. Tujuan asalku bukan untuk melihat tempat2 menarik di India, tapi untuk mengenali cara hidup masyarakat di India.

Autorickshaw

Teksi bertayar tiga, berwarna kuning. Perlu diingatkan untuk membaca doa dan mengucap setiap kali naik auto kerana  auto sangatlah suka menyelit di antara kereta. Maka, cepatlah anda sampai ke destinasi.  Ada yang guna meter dan ada yang main sebut je harga. Hati- hati supaya jangan mudah tertipu.

Geleng kepala

India amat sinonim dengan gaya geleng kepala bagi menunjukkan yang mereka setuju atau faham. Bagi peminat2 cerita tamil atau Hindustan gaya ini bukan sesuatu yang asing. Aku pun mula terikut2 untuk menggeleng kepala tanda setuju.

Lembu

Lembu dianggap sebaggai binatang yang suci. Oleh sebab itu, lembu banyak berkeliaran di jalan2 raya. Produk2 berasaskan susu seperti aiskrim (brand aiskrim terkenal di sini ialah Amul) dan keju amatlah murah.

Kawasan Setinggan

Ramai penduduk kampung yang berhijrah ke bandar seperti Bangalore bersama-sama atuk nenek, anak dan cucu dengan anggapan bandar boleh menjanjikan pendapatan lumayan. Malangnya, ramai yang terkandas dan terpaksa tinggal di kawasan setinggan. Ada rumah yang dinding serta atapnya daripada zink semata-mata. Tandas mereka adalah longkang yang berdekatan. Tidak hairanlah cirit-birit merupakan lumrah hidup di sini.

Makanan

Nasi Briyani India memang paling sedap dan murah. Jus buah-buahan hanyalah 30 rupee(lebih kurang 0.50€). Makanan halal juga mudah diperoleh disebabkan penyembelih ramai yang Muslim. Kedai makan seperti Casino dan Food Magic terkenal di kalangan pelajar di Bangalore. Terkejut bila sahabatku bersuara “Anne, parcel this food ”. Perkataan baru yang pertama tapau= parcel.

Pelajar Malaysia

Komuniti pelajar Malaysia di Bangalore adalah sangat besar sehinggakan toleh je kanan atau kiri, pelajar Malaysia dengan white coat akan kelihatan. Mereka memonopoli apartment- apartment di MS Ramaiah Road. Satu surau telah dibina pada tahun lepas  berdekatan dengan apartment mereka. Subhanallah. Moga bi’ah solehah dapat diwujudkan. Yang peliknya, azan akan berkumandang 30-40 minit selepas masuk waktu solat. Tazkirah ringkas seperti bertemakan tafsir surah, fiqh luar Negara dan motivasi selepas isyak mengisi rohani kami.

Recharge

Bukan mudah untuk mendapat simkad di India. Banyak dokumen yang diperlukan. 4 kali aku bertandang ke kedai jual simkad, barulah dapat mengaktifkan simkad tersebut. Walaubagaimanapun, kadar harga untuk 1 sms hanyalah 0.50 rupee atau kadang-kadang percuma. Perkataan baru yang kedua top up= recharge.

esok akan meneroka Manipal dan seminggu lagi di India. mahu mengorek sebanyak mungkin pengalaman.

 

snowy

Just wanted to share stuff that i learned from my class.

How snow is formed?????

Cold clouds occur in middle and high latitude area (Ireland). Ice crystals and water droplets are both present in the cold clouds. Ice crystals grow at the expense of water droplets a.k.a. ice crystals become bigger while water droplets become smaller. This is called Bergeron process.

On the other hand, in warm clouds (in Malaysia) the precipitation formed by collision-coalescence process. Large droplets with high speed,  hit small droplets to form giant droplets. These giant droplets fall down due to gravitational force.

now, let’s think about this. Allah knows everything. that is for sure.

He knows exactly how many water droplets are there in the sky right now.

He knows which droplets collide.

He knows where each of snow flakes lands.

He knows the exact size and shape of every ice crystal  in Dublin.

He knows when it going to stop.

Subhanallah.

meteor oh meteor

according to MR Wikipedia, meteorology means study of the atmosphere that focuses on weather process and short term forecasting..

and today, i spent hours learning about layers of atmosphere, fog formation, polar esterlies and various forces that act on the atmosphere.. i was mesmerised by the complexity, yet organised structure of the atmosphere..  insyaAllah, all the knowledge will me closer to The Creator..

another fabulous creation: shooting stars

http://www.irishtimes.com/newspaper/breaking/2010/1213/breaking8.html?sms_ss=facebook&at_xt=4d0619211b096613,0

‘meteorology and climate’ paper this evening.. may Allah grants me with ease and peace..

a station model

selamat berimtihan

when you know what you want and you want it badly enough, you’ll find a way to get it.

lets work hard towards achieving Allah’s love in everyway, especially our ibadah and study.

~ kata-kata pujangga dari Cork, Ireland

hadiah dari seorang teman

sorotan dari message di facebook, 5 november 2010..

“aku nak bagi hadiah, tapi tak jumpa lagi. kalau aku dah jumpa, aku bagi ea”

keesokan harinya..

“na, ni hadiah untuk mu. surah Yunus:108-109  =)”

katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah pertunjuk (beriman kepadanya), maka faedah hidayah pertunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya), maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu”.

Dan turutlah apa yang diwahikan kepadamu serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan Islam) sehingga Allah menghukum (di antaramu dengan golongan yang ingkar, dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dialah sebaik-baik Hakim.

 

hadiah yang tak luput dek zaman.

 


Previous Older Entries

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.