spice of India

 

India merupakan destinasi yang aku impikan semenjak menjadi pelajar perubatan tahun satu lagi. Beberapa percubaan untuk ke India sebelum ini gagal. Namun kali ini, sampai juga kaki ini ke bumi Allah yang cukup unik. Dua hari lamanya perjalananku dari Dublin ke Bangalore kerana ada 3 transit yang perlu ditempuhi.

Sesampainya aku di Bangalore @ Bengaluru, kepenatanku terubat. Aku disambut oleh dua kakak-kakak  yang belum pernah aku temui. Kak Ana dan Kak Ha. Hanya berkenalan melalui secebis email. Atas dasar cinta sesama Islam, mereka menumpangkan aku di rumah mereka selama 2 minggu.

Penjelajahanku pada kali ini berbeza daripada yang sebelumnya. Tujuan asalku bukan untuk melihat tempat2 menarik di India, tapi untuk mengenali cara hidup masyarakat di India.

Autorickshaw

Teksi bertayar tiga, berwarna kuning. Perlu diingatkan untuk membaca doa dan mengucap setiap kali naik auto kerana  auto sangatlah suka menyelit di antara kereta. Maka, cepatlah anda sampai ke destinasi.  Ada yang guna meter dan ada yang main sebut je harga. Hati- hati supaya jangan mudah tertipu.

Geleng kepala

India amat sinonim dengan gaya geleng kepala bagi menunjukkan yang mereka setuju atau faham. Bagi peminat2 cerita tamil atau Hindustan gaya ini bukan sesuatu yang asing. Aku pun mula terikut2 untuk menggeleng kepala tanda setuju.

Lembu

Lembu dianggap sebaggai binatang yang suci. Oleh sebab itu, lembu banyak berkeliaran di jalan2 raya. Produk2 berasaskan susu seperti aiskrim (brand aiskrim terkenal di sini ialah Amul) dan keju amatlah murah.

Kawasan Setinggan

Ramai penduduk kampung yang berhijrah ke bandar seperti Bangalore bersama-sama atuk nenek, anak dan cucu dengan anggapan bandar boleh menjanjikan pendapatan lumayan. Malangnya, ramai yang terkandas dan terpaksa tinggal di kawasan setinggan. Ada rumah yang dinding serta atapnya daripada zink semata-mata. Tandas mereka adalah longkang yang berdekatan. Tidak hairanlah cirit-birit merupakan lumrah hidup di sini.

Makanan

Nasi Briyani India memang paling sedap dan murah. Jus buah-buahan hanyalah 30 rupee(lebih kurang 0.50€). Makanan halal juga mudah diperoleh disebabkan penyembelih ramai yang Muslim. Kedai makan seperti Casino dan Food Magic terkenal di kalangan pelajar di Bangalore. Terkejut bila sahabatku bersuara “Anne, parcel this food ”. Perkataan baru yang pertama tapau= parcel.

Pelajar Malaysia

Komuniti pelajar Malaysia di Bangalore adalah sangat besar sehinggakan toleh je kanan atau kiri, pelajar Malaysia dengan white coat akan kelihatan. Mereka memonopoli apartment- apartment di MS Ramaiah Road. Satu surau telah dibina pada tahun lepas  berdekatan dengan apartment mereka. Subhanallah. Moga bi’ah solehah dapat diwujudkan. Yang peliknya, azan akan berkumandang 30-40 minit selepas masuk waktu solat. Tazkirah ringkas seperti bertemakan tafsir surah, fiqh luar Negara dan motivasi selepas isyak mengisi rohani kami.

Recharge

Bukan mudah untuk mendapat simkad di India. Banyak dokumen yang diperlukan. 4 kali aku bertandang ke kedai jual simkad, barulah dapat mengaktifkan simkad tersebut. Walaubagaimanapun, kadar harga untuk 1 sms hanyalah 0.50 rupee atau kadang-kadang percuma. Perkataan baru yang kedua top up= recharge.

esok akan meneroka Manipal dan seminggu lagi di India. mahu mengorek sebanyak mungkin pengalaman.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.