Mak Cik, tumpang tanya boleh?
05 Aug 2011 Leave a Comment
Kereta Saga baru kepunyaan kakakku meluncur laju di lebuh raya menuju Plaza Angsana, satu antara ratusan tempat membeli belah yang tersohor di Johor Bharu. Syurga bagi sesiapa yang mencari kebahagiaan dengan membelanjakan wang.
Ops! Terlepas satu susur di kiri jalan. Takpe, mungkin ada susur lain untuk masuk ke sana. Pusing punya pusing, kami masih tak dapat cari jalan masuk, padahal Plaza Angsana nampak dekat je. Sebagai co-pilot yang sepatutnya bertanggungjawab untuk mencari jalan, hatiku mula gundah gulana. Lagu di radio masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.
Plan B: tanya orang kampung. Cara mudah untuk mencari jalan. Apa yang penting? Kemahuan yang tinggi untuk sampai ke Plaza Angsana dan rendahkan ego untuk bertanya dengan orang yang lebih tahu, yakni orang tempatan. Orang tempatan yang bermuka peramah dan tersenyum menjadi mangsa. =)
Alhamdulillah, setelah bertanya pada 3 orang tempatan, akhirnya sampai juga ke Plaza Angsana. Lega rasanya bila dah sampai destinasi. Semoga kami lebih berhati- hati pada masa akan datang.
Hati gundah gulana bila sesat
Ini adalah antara kelebihan yang Allah berikan pada manusia. Apabila kita tergelincir dari landasan Al Quran dan sunnah, ‘alarm’ hati akan berbunyi. Secara automatic hati rasa kurang enak atau jiwa kosong. Kalau fire alarm berbunyi, apa tindakan kita? Tentulah kita cepat- cepat selamatkan diri dan mencari punca kebakaran kan. Baru le kita dapat padamkan api. Jadi, perlu lah kita menyiasat mane silapnya. Adakah kita kurang ibadah sunat? Hati kita berpenyakitkah? Mungkin kita makan dari harta yang haram?
Tanya orang yang lebih tahu
Orang yang lebih tahu dalam konteks ini ialah orang yang mempunyai ilmu agama. Berdampinglah dengan orang yang sentiasa mencari Allah. Koreklah sebanyak- banyak ilmu dan nasihat dari depa. Sahabat saya pernah bertanya pada rakan yang lain, “ berikan aku sepotong nasihat kerana jiwaku terasa kosong.” Subhanallah. Semangat untuk memperbaiki diri seperti ini yang patut ada dalam diri.
Orang tempatan yang peramah dan senyum
Orang yang peramah dan entiasa senyum mudah untuk didekati. Senyuman merupakan bahasa yang paling indah. Pada pendakwah perlu ada karakter ini agar orang yang tergelincir akan mendapat kekuatan untuk bertanya.
Sama-sama kita renungkan.