my family my pride

3 tahun. Tamat sudah kisah ku dengan keluarga tanzim PPIMI secara rasminya.

Sejak dari umurku setahun jagung di Dublin, aku terus dilamar untuk bergerak bersama- sama PPIMI. Mulanya aku menolak dengan alasan pengalaman kurang enak dalam berpersatuan di INTEC. Detik ketika Kak Nazi, kakak RnR ku mengajak untuk aku menjadi ahli tanzim segar bugar dalam ingatan. Namun kugagahi dan hargai setiap tahun dalam tanzim. Ada pengalaman manis dan ada yang pahit. Pendek kata, aku membesar dengan PPIMI di Dublin.

Pelbagai jurusan telah aku terokai. Dari menjadi exco Lajnah Penerangan dan Perpaduan, menjadi Setiausaha Kerja 1 dan seterusnya Timbalan Presiden 1. Setiap satu jawatan memberikan pengalaman berbeza.

Asalnya aku tidak sukakan kerja setiausaha yang teratur, tapi akhirnya aku jatuh cinta dengan bidang ini.

Asalnya aku tidak reti membuat keputusan, tapi akhirnya aku belajar untuk buat keputusan dengan menjadi timbalan presiden.

Manusia yang pelbagai ragam dan jenis pernah aku temui. Ada yang memang proaktif, buat tanpa disuruh. Ada yang kena sentiasa diingatkan tentang tugas. Ada yang kena push sikit. Ada yang memang suka belajar. Ada yang suka berhujah dan berdebat. Subhanallah. Indahnya ciptaan Allah. ‘Koktail’ manusia pelbagai jenis ni menjadikan keluarga tanzim yang istimewa. Saling melengkapi.

Keluar dari perkarangan RCSI setelah tamat Muktamar PPIMI sesi 2011/12. Kepala ligat berfikir. Apa nasibku selepas ini? Tak dapat ku bayangkan hidup tanpa menguruskan kerja2 PPIMI, tanpa memikirkan masalah PPIMI dan tanpa meeting keluarga tanzim. Aku tak mahu menjadi mahasiswa yang hanya sibuk memikirkan akademik. Sebaliknya aku juga mahu neuron2 ku berguna untuk masyarakat dan umat.

Ya Allah, semoga aku tidak menjadi golongan yang hanya akan bergerak dengan jawatan.

my family, my pride. aku sering kali berpesan pada adik2, untuk mendukung satu organisasi, mulakan dengan rasa izzah dan bangga pada oraganisasi tersebut. barulah kita bersemangat untuk menjadi pendukung.

Advertisement

4 Comments (+add yours?)

  1. Ee
    Jan 22, 2012 @ 22:41:52

    sangat faham dengan kebimbangan rasa ‘kosong’ selepas tamat sesuatu tugasan itu. tapi insyaAllah, jika masih ada semangat menyumbang, peluang itu akan datang dari mana2 shja. after all, tak semua tugasan memerlukan jawatan.

    selamat bersara ketua helwa!

    Reply

  2. Amani
    Jan 23, 2012 @ 00:00:55

    ada yang suka berdebat..ouch, agak termakan cili di situ..tapi serious terasa kosong sedikit pabila dah mula tak pikir pasal LBS..tapi selamat masih menguruskan trek siswa, dan ramai adik2 exco baru yg minta consultation mencurahkan idea tuk pembaharuan tanzim hadapan… jadi tidaklah kosong sangat di situ…serious, banyak pengalaman yg ditimba dalam keluarga tanzim…akan merindui, saat-saat lewat datang meeting dan kena tegur dengan SUA..haha

    Reply

  3. lukman hakim
    Jan 23, 2012 @ 00:30:52

    tugas mengiring dan membimbing manusia tak semudah mengiring lembu masuk ke kandang kerana manusia tidak boleh disamakan dengan lembu. begitulah tugas pendidik, tidak hanya sekadar mendidik anak muridnya tetapi yang paling penting, membentuk peribadinya.

    Reply

  4. alibanfm
    Jan 30, 2012 @ 23:34:43

    ee: alhamdulillah, walaupun sudah lepaskan jawatan, jadual sehari-harian masih penuh sperti bese. kalau takde kerja, kita kejar kerja.. jadi proaktif untuk menawarkan diri.
    amal: memang banyak pengalaman pegang tanzim.. jzkk atas usaha kuat awak dalam PPIMI. teruskan aktif di PMC..
    abe: yup, nabila cuba belajar untuk jadi pendidik yang luar biasa..hehe..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.