nilai sebuah darjat
23 Jan 2012 Leave a Comment
Seorang lelaki dibelasah dan dikeronyok oleh orang kafir Quraisy. Fizikalnya tercalar dan berdarah. Tapi hatinya puas kerana dapat membaca ayat suci dari Al Quran kepada orang Quraisy. dia sedar bahawa dia hanyalah seorang pengembala kambing. Tiada harta, tiada pangkat, tiada darjat.Dia hanya punya Allah.
Setelah dia kembali kepada sahabat- sahabatnya, mereka berkata: “inilah yang kami khuatiri”.
Dengan bersemangat, lelaki ini berkata, ” kalau kamu kehendaki, aku akan kembali kepada kafir Quraisy untuk memperdengarkan ayat Allah”.

beliau adalah Abdullah bin Mas’ud. sahabat yang dicintai baginda Rasulullah. sabda baginda, “aku rela kepada umatku apa-apa yang disukai oleh Abdullah bin Mas’ud dan aku marah apa yang dimarahi olehnya”.
kualiti Abdullah bin Mas’ud:
1. tinggi ilmunya: beliau mengambil Al Quran sebanyak 70 surah lansung dari Rasulullah.
2. beriman dan dicintai Rasulullah.
3. rapat dengan orang yang dikasihi Allah: beliau selalu menguruskan terompah baginda, mengurus kain basahan baginda, mengejutkan baginda pada waktu yang baginda tetapkan.
4. menyampaikan dakwah: beliau dilantik untuk menjadi guru di Kufah sehingga pemerintahan Uthman din Affan.
ayuh kita membina diri agar menjadi Abdullah bin Mas’ud junior. Sukakan ilmu, dekat dengan ulama dan orang beragama, menyampaikan dakwah dan mencintai Allah dan Rasul.