Note to self

Masa menjadi isu yg besar sebagai seorang doktor. Kurang masa untuk diri dan keluarga. Maklumlah, kerja memang tak menentu.

Tapi aku yakin waktu itu makhluk Allah. Dia lah yang melapangkan atau menyempitkan. Aku berdoa agar masaku, sedikit atau banyak, akan diberkati. Aku juga tahu masa berkualiti adalah bila minda dan emosi bertaut, bukanlah sekadar bernafas udara yg sama tapi minda melayang.

Hati. Semua hati-hati manusia dipegang oleh Allah. Termasuklah hati- hati doktor yang lebih senior, jururawat dll. Kita tak mampu menawan hati semua orang tapi Allah mampu melembutkan hati2 org di sekeliling kita. Semoga kata2 yg kesat tidak mnjadi makanan ruji sewaktu kerja. Dan ingatlah Dia yang menjadikan orang ketawa dan menangis.[53:43]

Riak, takabbur. Sungguh mudah syaitan untuk menyeludup masuk. Jauhkanlah ak dari perasaan ‘ak seorg doktor, ak hebat, ak berduit’. Rezeki semua milik Allah yg mampu memberi dan MENARIK kembali rezeki bila2 masa. Berilah aku peluang untuk istiqamah dlm menunaikan solat dhuha setiap hari.

Ya Allah, Engkaulah yg maha bijaksana. Jika aku jahil, Kau berikan aku ilmu. Jika aku lupa, ingatkanlah aku. Penuhkanlah aku dengan sifat ingin tahu dan sentiasa berusaha untuk menjadi berilmu dan berkemahiran.

Hati dan emosi yang sakit bisa membusukkan akhlak..walaupun sesibuk mana, sesusah mana, biar ak tegar memberi senyuman pada pesakit2 ku. Biar akhlakku dijaga dgn bantuanmu.

Amin ya Allah.

Moga nota ini dapat memberi peringatan nanti ketika fikiran, emosi, iman aau fizikal ku sudah longlai.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: