sikit-sikit, lama-lama jadi bukit

Image

bila masa makin suntuk, perancangan rapi mesti dibuat.. sekadar ingin berkongsi tips membuat list-to-do

1. senaraikan perkara yang hendak dicapai dengan terperinci, masukkan topik yang hendak dibaca

2. matlamat perlulah logik, yakni boleh dicapai

3. tampalkan senarai tersebut di depan mata

4. set masa bagi setia topik, gunakan timer atau alarm clock di handset anda yang canggih

5. berikan hadiah buat diri sendiri sekiranya matlamat2 kecil telah dicapai, rehat, makan, baca buku cite, jalan-jalan.

6. sekiranya matlamat hari ni tidak tercapai, jangan marah pada diri, tapi bagi semangat untuk buat yang lebih baik.

Advertisements

call now!!

satu ibu dan satu bapa.

itulah kurniaan yang diberikan oleh Allah kepada kita. makin kita meningkat usia, makin kita sibuk sehinggakan kita mengabaikan tanggungjawab pada mereka. dari kecik sampai besar sibuk dengan belajar. apatah lagi yang berada jauh dari ibu bapa.

tapi jarak tidak menjadikan alasan untuk kita mengabaikan tanggungjawab sebagai anak. 2 perkara yang boleh kita lakukan..

1. doakan mereka setiap hari. moga dikurniakan rezeki, kesihatan, ketenangan dan syurga kelak.

2. menghubungi mereka sekerap yang mungkin. jadikan mereka sebagai kawan. cerita apa saja. mereka sudi mendengar masalah kita yang tidak pernah putus. kawan boleh datang dan pergi, tapi ibu bapa jugalah yang setia berada di sisi. setiap perkataan mereka adalah semangat dan nasihat. . ketahuilah, panggilan/ sms ringkas dari kita bisa menggembirakan mereka.

jadi, apa tunggu lagi, call now!! hubungilah keluarga kita yg tersayang. moga usaha kecil kita ini mendapat ganjaran di sisi Allah..

Image

nilai sebuah darjat

Seorang lelaki dibelasah dan dikeronyok oleh orang kafir Quraisy. Fizikalnya tercalar dan berdarah. Tapi hatinya puas kerana dapat membaca ayat suci dari Al Quran kepada orang Quraisy. dia sedar bahawa dia hanyalah seorang pengembala kambing. Tiada harta, tiada pangkat, tiada darjat.Dia hanya punya Allah.

Setelah dia kembali kepada sahabat- sahabatnya, mereka berkata: “inilah yang kami khuatiri”.

Dengan bersemangat, lelaki ini berkata, ” kalau kamu kehendaki, aku akan kembali kepada kafir Quraisy untuk memperdengarkan ayat Allah”.

beliau adalah Abdullah bin Mas’ud. sahabat yang dicintai baginda Rasulullah. sabda baginda, “aku rela kepada umatku apa-apa yang disukai oleh Abdullah bin Mas’ud dan aku marah apa yang dimarahi olehnya”.

kualiti Abdullah bin Mas’ud:

1. tinggi ilmunya: beliau mengambil Al Quran sebanyak 70 surah lansung dari Rasulullah.

2. beriman dan dicintai Rasulullah.

3. rapat dengan orang yang dikasihi Allah: beliau selalu menguruskan terompah baginda, mengurus kain basahan baginda, mengejutkan baginda pada waktu yang baginda tetapkan.

4. menyampaikan dakwah: beliau dilantik untuk menjadi guru di Kufah sehingga pemerintahan Uthman din Affan.

ayuh kita membina diri agar menjadi Abdullah bin Mas’ud junior. Sukakan ilmu, dekat dengan ulama dan orang beragama, menyampaikan dakwah dan mencintai Allah dan Rasul.

my family my pride

3 tahun. Tamat sudah kisah ku dengan keluarga tanzim PPIMI secara rasminya.

Sejak dari umurku setahun jagung di Dublin, aku terus dilamar untuk bergerak bersama- sama PPIMI. Mulanya aku menolak dengan alasan pengalaman kurang enak dalam berpersatuan di INTEC. Detik ketika Kak Nazi, kakak RnR ku mengajak untuk aku menjadi ahli tanzim segar bugar dalam ingatan. Namun kugagahi dan hargai setiap tahun dalam tanzim. Ada pengalaman manis dan ada yang pahit. Pendek kata, aku membesar dengan PPIMI di Dublin.

Pelbagai jurusan telah aku terokai. Dari menjadi exco Lajnah Penerangan dan Perpaduan, menjadi Setiausaha Kerja 1 dan seterusnya Timbalan Presiden 1. Setiap satu jawatan memberikan pengalaman berbeza.

Asalnya aku tidak sukakan kerja setiausaha yang teratur, tapi akhirnya aku jatuh cinta dengan bidang ini.

Asalnya aku tidak reti membuat keputusan, tapi akhirnya aku belajar untuk buat keputusan dengan menjadi timbalan presiden.

Manusia yang pelbagai ragam dan jenis pernah aku temui. Ada yang memang proaktif, buat tanpa disuruh. Ada yang kena sentiasa diingatkan tentang tugas. Ada yang kena push sikit. Ada yang memang suka belajar. Ada yang suka berhujah dan berdebat. Subhanallah. Indahnya ciptaan Allah. ‘Koktail’ manusia pelbagai jenis ni menjadikan keluarga tanzim yang istimewa. Saling melengkapi.

Keluar dari perkarangan RCSI setelah tamat Muktamar PPIMI sesi 2011/12. Kepala ligat berfikir. Apa nasibku selepas ini? Tak dapat ku bayangkan hidup tanpa menguruskan kerja2 PPIMI, tanpa memikirkan masalah PPIMI dan tanpa meeting keluarga tanzim. Aku tak mahu menjadi mahasiswa yang hanya sibuk memikirkan akademik. Sebaliknya aku juga mahu neuron2 ku berguna untuk masyarakat dan umat.

Ya Allah, semoga aku tidak menjadi golongan yang hanya akan bergerak dengan jawatan.

my family, my pride. aku sering kali berpesan pada adik2, untuk mendukung satu organisasi, mulakan dengan rasa izzah dan bangga pada oraganisasi tersebut. barulah kita bersemangat untuk menjadi pendukung.

jujurlah, walaupun dengan anak kecil

Ibu A: Nak, pergi main jauh- jauh ek. Jangan kacau tetamu kita. Nanti mak belikan jajan.

Ibu B: Azim, mari balik umah. Hari dah lewat petang ni. Nanti ibu masakkan cucur ye.

Ibu C: jangan nangis! Malu mama depan orang kat pasar ni. Nanti mama belikan kamu KFC.

 

Pernah lihat situasi ini atau anda pernah alami sendiri?  Pelbagai janji ditabur oleh ibu bapa untuk memujuk anak-anak. kadang-kadang dipenuhi, kadang-kadang tinggal kosong. Tentang janji ini, ada hadis yang mengatakan.

  1. 1.       ‘ sesiapa yang berkata kepada anak kecil: “Kemarilah dan ambillah” tetai tenyata tidak jadi memberikannya, maka dia dianggap telah berdusta. [ H.R.Ahmad]
  1. Dari Abdullah bin Amir, ia berkata: pada suatu hari, ibuku memanggilku sedangkan Rasulullah SAW ketika itu duduk di rumah kami.

 

Ibuku berkata: mari ke sini, aku akan memberiku sesuatu. Rasulullah SAW bertanya padanya: apa yang ingin kau berikan padanya? Jawab ibuku: aku ingin memberikan sebiji kurma padanya. Rasulullah bersabda padanya: seandainya engkau tidak dapat memberikan apa-apa padanya, maka engkau sudah dianggap berdusta.

[H.R. Abu Daud dan Al- Baihaqi]

 

Jujurlah- walaupun terhadap anak kecil

Tidak salah untuk berjanji macam- macam dengan anak. Tapi ia perlu disertakan dengan kesungguhan untuk memenuhi janji tersebut. Sekiranya ibu bapa sentiasa berdusta, bibit dusta akan tertanam dalam jiwa anak dan mereka akan hilang kepercayaan tehadap ibu bapa.

chasing pavement

Should I give up or should I just keep chasing pavements

Even if it leads nowhere?

Or would it be a waste even if I knew my place

Should I leave it there?

 

Guide me O Allah.

Mak Cik, tumpang tanya boleh?

Kereta Saga baru kepunyaan kakakku meluncur laju di lebuh raya menuju Plaza Angsana, satu antara ratusan tempat membeli belah yang tersohor di Johor Bharu. Syurga bagi sesiapa yang mencari kebahagiaan dengan membelanjakan wang.

Ops! Terlepas satu susur di kiri jalan. Takpe, mungkin ada susur lain untuk masuk ke sana. Pusing punya pusing, kami masih tak dapat cari jalan masuk, padahal Plaza Angsana nampak dekat je.  Sebagai co-pilot yang sepatutnya bertanggungjawab untuk mencari jalan, hatiku mula gundah gulana. Lagu di radio masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Plan B: tanya orang kampung. Cara mudah untuk mencari jalan. Apa yang penting? Kemahuan yang tinggi untuk sampai ke Plaza Angsana dan rendahkan ego untuk bertanya dengan orang yang lebih tahu, yakni orang tempatan. Orang tempatan yang bermuka peramah dan tersenyum menjadi mangsa. =)

Alhamdulillah, setelah bertanya pada 3 orang tempatan, akhirnya sampai juga ke Plaza Angsana. Lega rasanya bila dah sampai destinasi. Semoga kami lebih berhati- hati pada masa akan datang.

Hati gundah gulana bila sesat

Ini adalah antara kelebihan yang Allah berikan pada manusia. Apabila kita tergelincir dari landasan Al Quran dan sunnah, ‘alarm’ hati akan berbunyi. Secara automatic hati rasa kurang enak atau jiwa kosong. Kalau fire alarm berbunyi, apa tindakan kita? Tentulah kita cepat- cepat selamatkan diri dan mencari punca kebakaran kan. Baru le kita dapat padamkan api. Jadi, perlu lah kita menyiasat mane silapnya. Adakah kita kurang ibadah sunat? Hati kita berpenyakitkah? Mungkin kita makan dari harta yang haram?

Tanya orang yang lebih tahu

Orang yang lebih tahu dalam konteks ini ialah orang yang mempunyai ilmu agama. Berdampinglah dengan orang yang sentiasa mencari Allah. Koreklah sebanyak- banyak ilmu dan nasihat dari depa. Sahabat saya pernah bertanya pada rakan yang lain, “ berikan aku sepotong nasihat kerana jiwaku terasa kosong.” Subhanallah. Semangat untuk memperbaiki diri seperti ini yang patut ada dalam diri.

Orang tempatan yang peramah dan senyum

                Orang yang peramah dan entiasa senyum mudah untuk didekati. Senyuman merupakan bahasa yang paling indah. Pada pendakwah perlu ada karakter ini agar orang yang tergelincir akan mendapat kekuatan untuk bertanya.

 

 

Sama-sama kita renungkan.

Previous Older Entries Next Newer Entries